Perlu teliti kesan keputusan tidak eksport ayam ke Singapura

Kerajaan perlu teliti kesan keputusan tidak eksport ayam ke Singapura

Bermula 1 Jun 2022, KERAJAAN Menghentikan eksport ayam ke Singapura 1 Jun llau bagi menstabilkan beka;an ayam dalam pasaran tempatan. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kerajaan perlu meneliti kesan pemberhentian eksport ayam dan Indonesia bakal menggantikan kedudukan negara ini yang menjadi pengeksport terbesar bagi bekalan ayam ke Singapura.

Menegaskan perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MATA Aerotech, Wan Azrain Adnan berkata, tindakan kerajaan tersebut merencatkan ekonomi negara, dan menjejaskan penternak dan peniaga di negara ini.

“Bermula 1 Jun 2022, kerajaan telah menghentikan eksport ayam untuk menstabilkan bekalan serta harga ayam di Malaysia. Singapura amat terkesan dengan tindakan Kerajaan Malaysia tersebut kerana 34 peratus daripada keperluan ayam Singapura datang dari Malaysia.

“Singapura dengan segera telah memberi akreditasi kepada Indonesia dan telah mula mengimport ayam dari negara tersebut. Sebelum ini, Singapura tidak pernah mengimport ayam dari Indonesia memandangkan negara tersebut merupakan negara pengimport ayam Malaysia terbesar,
“Justeru adalah perlu untuk Malaysia melindungi perdagangan ayam ini dengan sedaya-upaya agar tidak jatuh kepada negara lain seperti Indonesia.

“Berdasarkanb laporan yang dikeluarkan, Indonesia dijangka mempunyai lebihan kapasiti sebanyak 900 juta ekor ayam. Ini bermakna Indonesia mampu untuk menggantikan Malaysia bagi memenuhi keperluan ayam Singapura. Akibatnya, penternak ayam Malaysia, terutamanya penternak kecil dan sederhana, akan mengalami kesukaran untuk mengeksport ayam dan mungkin terpaksa mengecilkan operasi serta mengurangkan tenaga kerja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam hal ini, jelasnya lagi, kerajaan harus segera melaksanakan pelan penyelesaian jangka panjang yang kukuh dan mampan bagi mengukuhkan agenda sekuriti makanan negara.

“Apa jua pelan yang dilaksanakan akan mengambil masa untuk membuahkan hasil. Kebergantungan tinggi kepada import makanan bermakna rakyat Malaysia akan terus terkesan dengan situasi bekalan makanan antarabangsa untuk jangka masa panjang. Penyusutan nilai Ringgit ketika ini juga memburukkan lagi situasi.

“Berikutan itu, pelan penyelesaian yang dilaksanakan mestilah ada unsur masuk akal, Jika tidak, pelan tersebut bakal gagal dan akan memberi kesan negatif kepada pembangunan ekonomi negara,” ujarnya lagi.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya