Keputusan permohonan masuk universiti boleh disemak esok

Keputusan permohonan masuk universiti boleh disemak esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke universiti awam (UA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan esok.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan memaklumkan, ini termasuk keputusan permohonan ke politeknik, kolej komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2022/2023.

Katanya, keputusan boleh disemak secara dalam talian mulai  pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 5.00 petang 31 Julai ini melalui pautan berikut: 

  1. https://jpt.utm.my;
  2. http://jpt.uum.edu.my;
  3.  https://jpt.unimas.my
  4. http://jpt.ums.edu.my;
  5. https://jpt.umt.edu.my;

“(Semakan juga boleh dibuat melalui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar. Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 23 hingga 31 Julai ini di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan ILKA,” katanya hari ini.

Jelas kementerian itu, surat tawaran rasmi dikeluarkan IPTA dan ILKA kepada yang berjaya mulai Sabtu ini setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan. 

Sehubungan itu, hanya pemohon yang gagal mendapat tawaran program pengajian boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA dan Politeknik di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai esok pukul 12 tengah hari sehingga 31 Julai ini pukul 5 petang. 

Katanya, rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

“Tawaran tempat bagi sesi akademik 2022/2023 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA/ILKA tidak dibenarkan. 

“Dasar pemilihan rsyuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN