Selalu dengar luahan anak-anak - Haiza Hanafi - Utusan Malaysia

Selalu dengar luahan anak-anak – Haiza Hanafi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi sebak dengan perkongsian cerita seorang lelaki yang menghidap penyakit gangguan emosi baru-baru ini.

Menurut Haiza, tekanan yang dihadapi seseorang dan membuatkannya mahu menamatkan riwayat hidup tidak sepatutnya terjadi.

“Menangis bila dengar perkongsian Faris. Sebagai ibu dan bapa, kena selalu dengar luahan anak-anak. Jangan buat tak tahu sebab zaman sekarang dugaan ada macam-macam.

“Kalau anak-anak tak dapat berjumpa atau pun curahkan rasa dengan orang yang tepat. Takutlah kalau hal itu terjadi,” ujarnya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Dag Dig Dug berkata demikian menerusi satu rakaman program di TV3 dalam segmen Tekanan Perasaan, Jangan Ambil Mudah.

Menerusi hantaran sama, Haiza juga menulis kapsyen ringkas berharap untuk menjadi ibu bapa yang lebih optimis.

“Maaf, bonda dan abah tak sempurna tapi kami cuba jadi yang lebih baik,” katanya lagi.

Untuk rekod menerusi perkahwinan bersama Norhanaphe Omar pada 2007, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Nur Iman Syafie yang kini berusia 10 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya