Kementerian Pendidikan siasat isu Haqiem Stopa dijemput di sekolah

Kementerian Pendidikan siasat isu Haqiem Stopa dijemput di sekolah

kementerian pendidikan
RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan sedang menyiasat isu melibatkan pempengaruh, Haqiem Stopa yang dijemput sebagai penceramah di sebuah program motivasi di sebuah sekolah menengah baru-baru ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, siasatan itu meliputi konteks jemputan tersebut memandangkan pihaknya langsung tidak dimaklumkan mengenainya.

“Biasanya, sekolah akan jemput penceramah-penceramah untuk berbincang tentang perkara-perkara yang ingin disentuh.

“Ini nak kena rujuk balik garis panduan berkaitan penceramah-penceramah. Jadi, kena tengok garis panduan dahulu, pastikan kalau ada perkara sebegini, kita selesai secara baik. Jadi kita siasat dahulu apa sebenar yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Penggunaan Digital dan Teknologi 2021 di ibu negara hari ini.

Kehadiran Haqiem Stopa di sebuah program motivasi di sebuah sekolah menengah tular di media sosial sehingga mengundang kecaman apabila dikatakan tidak sesuai dijemput sebagai penceramah.

Bagaimanapun, penganjur program Cerita Orang Gagal (COG), Rizan Hasan menjelaskan, program itu merupakan perkongsian mengenai peluang kedua seseorang individu selepas menghadapi kegagalan masa lalu yang boleh dijadikan pengajaran kepada murid di masa akan datang.

Dalam pada itu, Radzi enggan masuk campur terhadap isu 15 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dibatalkan keputusan sejarah atas alasan tidak mengikut peraturan.

“Ini berkaitan keputusan Lembaga Peperiksaan. Lembaga Peperiksaan satu badan bebas maknanya saya sendiri hormati protokol Lembaga Peperiksaan berkenaan perkara dilaksanakan.

“Sekiranya perkara-perkara dilaksanakan memenuhi protokol ditetapkan Lembaga Peperiksaan, maka kita menghormati keputusan dibuat lembaga, selagi Lembaga Peperiksaan memenuhi protokol-protokol pada peraturan mereka, maka kita hormati,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya