Kemas Melaka latih asnaf berdikari

Kemas Melaka latih asnaf berdikari

ROZKHAIDI Othman (kiri) menyampaikan replika bantuan RM3,000 kepada seorang asnaf, Noor Aziah Ramli di lot parkir Menara Persekutuan, Ayer Keroh, Melaka. - FOTO/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 10 asnaf menjadi perintis Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Melaka menerokai bidang perniagaan dalam usaha membawa mereka keluar daripada garis kemiskinan menerusi Program Asnaf Berdikari.

Pengarahnya, Rozkhaidi Othman berkata, bagi tujuan tersebut pihaknya menyediakan peruntukan RM3,000 untuk membiayai kursus berkaitan dan pembelian pelbagai peralatan seperti dapur, khemah, meja serta modal pusingan.

Menurutnya, sebagai permulaan langkah tersebut dilihat dapat membantu asnaf menambah pendapatan antara RM1,500 hingga RM2,000 memandangkan ramai daripada mereka tiada pengalaman dalam bidang keusahawanan.

“Sebagai projek perintis bermula tahun ini, Kemas bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memilih 10 asnaf untuk menyertai Program Asnaf Berdikari.

“Mereka mengikuti kursus di Kolej Komuniti dalam bidang pastri, kulinari, andaman, seni tangan dan jahitan selama tiga hari.

“Apabila mereka mulakan perniagaan, Kemas akan memantau selama dua tahun dan setiap bulan kita akan mendapatkan maklumat perniagaan yang mereka jalankan untuk,” katanya pada sidang akhbar selepas Karnival Jualan Usahawan Bimbingan Kemas di Menara Persekutuan, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Seramai 38 usahawan menyertai program selama dua hari berakhir esok termasuk 10 asnaf yang baharu memulakan perniagaan.

Rozkhaidi berkata, jika projek perintis itu berjaya, akan lebih ramai lagi kelompok berkenaan akan dipilih untuk mengikutinya selepas ini.

“Kemas akan berbincang dengan pihak pengurusan Menara Persekutuan untuk membenarkan usahawan asnaf membuat jualan di ruang legar setiap bulan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya