Kelantan catat 1,079 kes keracunan makanan dalam dua tahun

Kelantan catat 1,079 kes keracunan makanan dalam dua tahun

DR. Izani Husin (kiri) menyampaikan Sijil Pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat kepada pengusaha kedai makan sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kelantan di Mydin Mall, Tunjong, Kota Bharu, Kelantan hari ini. -UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebanyak 22 episod kejadian keracunan makanan dengan melibatkan 1,079 kes dilaporkan di Kelantan sejak dua tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, kebanyakan kejadian keracunan makanan dilaporkan berlaku di kantin sekolah, dapur asrama, komuniti dan institusi pengajian tinggi.

Menurutnya, pihak pengusaha dan pengendali makanan perlu sentiasa menerapkan penjagaan kebersihan bagi mengelak berlaku keracunan makanan.

“Pengusaha makanan yang beroperasi di rumah juga perlu melakukan perkara sama sebelum menjualnya di gerai-gerai tepi jalan atau di premis jualan.

“Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan perlu kerap melakukan pemantauan di premis dan gerai di tepi jalan bagi mengelakkan kejadian keracunan makanan berulang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kelantan 2022 di Mydin Mall, Tunjong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Izani berkata, sebanyak 17 premis makanan daripada 4,097 yang diperiksa diarah tutup selama dua minggu sejak Januari lalu selepas didapati tidak menjaga kebersihan.

Menurutnya, jumlah itu menunjukkan peningkatan apabila hanya enam premis diarah tutup sepanjang tahun lalu.

“Kerajaan negeri memandang serius mengenai kes keracunan makanan. Pelbagai agensi yang berkepentingan juga perlu bekerjasama melaksanakan kawalan keselamatan makanan.

“Ini termasuk bermula daripada peringkat di ladang hingga ke meja makan bagi memastikan pengguna menerima makanan yang selamat dan berkualiti. Kawalan keselamatan makanan juga mencabar disebabkan penghasilan makanan yang sangat kompleks ketika ini,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya