Kedutaan Besar Indonesia puas hati keputusan kes rogol ADUN Tronoh - Utusan Malaysia

Kedutaan Besar Indonesia puas hati keputusan kes rogol ADUN Tronoh

JUNJUNGAN Sigalingging (kiri) ditemui pemberita selepas keputusan kes rogol Paul Yong Choo Kiong di Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pihak Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh terhadap kes rogol pembantu rumah warga Indonesia membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong hari ini.

Setiausaha Pertama Kedutaan Indonesia, Junjungan Sigalingging berkata, keputusan mahkamah yang mendapati ADUN itu bersalah menunjukkan sistem perundangan Malaysia yang adil.

“Kami berpuas hati dengan keputusan ini. Keputusan ini menunjukkan sistem perundangan Malaysia mampu membawa keadilan.

“Hari ini kita bersyukur kepada Tuhan yang maha kuasa, kita sangat menghargai hakim Mahkamah Tinggi yang menunjukkan kebijaksanaan dan keadilan dalam mengendalikan kes ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita di luar Mahkamah Tinggi Ipoh di sini hari ini.

Menurutnya, perbicaraan kes pembantu rumah berkenaan dipantau dengan teliti oleh kerajaan dan rakyat Indonesia.

Beliau berkata, mereka mempunyai harapan yang tinggi bahawa perbicaraan boleh membawa pelaku ke muka pengadilan.

“Dari awal perbicaraan di Mahkamah Sesyen kemudian berpindah ke Mahkamah Tinggi, Kerajaan Indonesia yang diwakili oleh Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur memberi perhatian kepada kes ini kerana mangsa adalah seorang warga Indonesia,” katanya.

Terdahulu, Choo Kiong dihukum penjara 13 tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya