Kahwin? Macam lambat lagi – Amelina - Utusan Malaysia

Kahwin? Macam lambat lagi – Amelina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Apabila tular video kemesraan antara penyanyi dangdut, Amelina dan anak-anaknya di media sosial, ramai yang memuji dan turut ‘menawarkan’ diri untuk jadi anak wanita itu.

Tetapi ada juga segelintir lelaki yang mencuba nasib menawarkan diri untuk menjadi suami kepada penyanyi lagu Asyik itu.

Jawablah mengorek isi hati Amelina. Sudahkah dia bersedia untuk kembali ke alam rumah tangga? Adakah trauma itu sudah hilang?

Ramai yang memuji dan suka melihat kemesraan kakak dengan anak-anak. Comel sahaja gelagat masing-masing. Sampai ada yang tawarkan diri jadi anak, sudikah?
Kakak dengan anak-anak memang begitu. Enam orang itu semua sudah besar panjang. Kami suka bergurau, macam kawan-kawan. Masing-masing ada keletah sendiri.
Bila ada hendak jadi anak kakak, aduh semua ibu di dunia ini seronok. Anak-anak kakak semua pemalu. Berbeza dengan emaknya. Sebab itu kakak suka buat video mereka.

Bila kakak cakap mereka semua sudah besar, adakah keputusan untuk bergelar ibu tunggal satu ketika dahulu adalah terbaik?
Memang. Bila kakak tengok anak-anak semua sudah besar dan ada kehidupan yang baik, memang berbaloi jadi ibu tunggal. Walaupun Tuhan sahaja tahu peritnya tetapi semuanya berbaloi dan membahagiakan.

Masih trauma? Teringat dengan kisah lampau?
Trauma itu mungkin tidak tetapi bila ingat untuk sampai ke hari ini, pelbagai dugaan telah kakak redah. Dulu daripada menyanyi, kakak berhenti. Selepas itu masuk industri seni balik.
Tapi kakak reda dan terima itulah perjalanan hidup. Setiap orang ada perjalanan sendiri. Alhamdulillah, anak-anak kakak berjaya.

Tapi, dalam pada ada yang cuba tawar diri jadi anak, ada juga mahu cuba nasib jadi suami? Sudah bersediakah?
Aduh, itu parah sikit. Kalau fikir nak jadi isteri orang itu, macam lambat lagi. Bukan rasa diri bagus, tetapi kakak selesa begini. Orang kata pandai berdikari.
Bukan tidak ada yang mendekati, ada. Cuma itulah, datang dan pergi.

Sebab itu kakak sukar untuk menerima cinta? Sukar didekati?
Tak lah juga. Macam mana nak cakap ya, ayat mudahnya adalah cintailah diriku kerana Allah. Bukan sebab lain. Mungkin Tuhan akan buka pintu hati bila niat seseorang begitu.

Kongsi sedikit perancangan seni sekarang. Bila mahu keluar lagu baru?
Kalau ikut hati esok juga dik, tapi itulah kena tunggu ada penaja. Kalau hendak guna duit sendiri ini, lebih baik menyimpan. Insya-Allah, ada nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya