Kadar jenayah di Johor turun 14 peratus

Kadar jenayah di Johor turun 14 peratus

ZAMRI YAHYA memeriksa kawalan kehormatan pada Majlis Perasmian Balai Polis Tampoi IPD Johor Bahru Utara (JBU), Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor mencatatkan penurunan kes jenayah hampir 14 peratus bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Cawangan Khas, Datuk Seri Zamri Yahya berkata, sebanyak 265 kes dicatatkan berbanding 307 kes yang direkodkan antara Januari hingga Jun tahun lalu.

Menurutnya, statistik itu membuktikan bahawa Polis Johor sentiasa bekerja keras memastikan aktiviti jenayah dapat dikurangkan di negeri ini.

“Statistik jenayah indeks bagi tempoh itu menunjukkan penurunan sebanyak 42 kes bersamaan 13.68 peratus. Bagi jenayah kekerasan, mencatatkan penurunan sebanyak 18 kes bersamaan 19.35 peratus dan jenayah harta benda pula mencatatkan penurunan sebanyak 24 kes bersamaan 11.21 peratus,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Balai Polis Tampoi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dan Timbalannya, Datuk Khaw Kok Chin.

Zamri berkata, daripada 265 kes direkodkan pada tahun ini, hampir separuh  daripadanya,  iaitu 130 kes berjaya diselesaikan.

“Ini membuktikan bahawa usaha ke arah penurunan kadar jenayah serta penyelesaian kes berjaya dicapai bagi tempoh dimaksudkan,” katanya.

Mengenai Balai Polis Tampoi, Zamri berkata, penubuhan balai berkenaan bertepatan dalam usaha mengurangkan peningkatan jenayah di kawasan pentabdiran balai itu.

Katanya, kawasan Tampoi telah membangun dengan pesat dan menjadi tumpuan urus niaga komersial, pelancongan serta pusat industri utama negeri ini.

“Dengan adanya Balai Polis Tampoi ini akan terus memberikan perkhidmatan kepada semua penduduk setempat dengan menjadikan keselamatan komuniti sebagai satu tanggungjawab demi kesejahteraan penduduk setempat.- UTUSAN

 

“Walau bagaimanapun, tanpa sokongan serta kerjasama semua pihak, matlamat tersebut sukar dicapai. Masyarakat setempat perlu turut sama mengambil peranan dalam membantu pihak polis menjaga keamanan dan ketenteraman awam di Tampoi ini,” ujarnya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya