JPV Terengganu siasat penemuan bangkai lembu - Utusan Malaysia

JPV Terengganu siasat penemuan bangkai lembu

JPV Terengganu melakukan kerja-kerja melupuskan bangkai 11 ekor lembu di Kampung Sungai Lekar, Kuala Nerus, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu memulakan siasatan berhubung penemuan bangkai 11 ekor lembu yang dibuang di tapak pembuangan sampah haram di Kampung Sungai Lekar di sini.

Pegawai Perkhidmatan Veterinar Kuala Nerus, Norehan Ali berkata, siasatan itu juga untuk mengesan dan mengenal pasti individu yang terlibat membuang bangkai lembu itu di kawasan tersebut.

Menurutnya, individu terlibat boleh didakwa mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

“Siasatan sedang dijalankan oleh pegawai penyiasat bahagian penguatkuasaan negeri dan kita juga sudah mengambil sampel organ dalaman lembu terbabit bagi mencari punca kematian. Berdasarkan keadaan, 11 ekor lembu itu dipercayai mati di dalam kenderaan ketika dalam perjalanan dan sudah mati sejak Ahad lalu.

“Maklumat diterima menyatakan individu terlibat cuba melupuskan kesemua bangkai di pusat pelupusan sampah di Kampung Sungai Ikan, namun tidak mendapat kebenaran,” katanya ketika  proses pelupusan bangkai 11 ekor lembu di Kampung Sungai Lekar di sini hari ini.

Norehan memberitahu, semakan awal mendapati 11 ekor lembu terbabit tidak memiliki sebarang permit daripada JPV negeri.

“Lembu tersebut juga dipercayai diseludup dari negara jiran, Thailand, dan dibawa masuk melalui Kelantan,” jelasnya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan seorang pemancing terkejut apabila menemukan bangkai 11 ekor lembu di tapak pembuangan sampah haram di tepi sungai di kampung terbabit.

Lembu itu dipercayai mati di tempat lain sebelum dibuang di kawasan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya