JPJ sita motosikal langgar peraturan

JPJ sita motosikal langgar peraturan

AEDY FADLY menunjukkan motosikal dengan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan dalam Ops Lejang Fasa 1 di Plaza Tol Bentong di Bentong, Pahang. - FOTO/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita penunggang motosikal yang didapati melanggar kesalahan jalan raya di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, tindakan tegas itu akan dikuatkuasakan melibatkan pelbagai kesalahan antaranya seperti tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan menunggang motosikal secara berbahaya.

“Kita juga memberi peringatan dan amaran bahawa mereka yang terlibat dalam kegiatan lumba haram dan menunggang motosikal secara berbahaya akan berdepan tindakan tegas termasuk penyitaan motosikal di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang akan dikuatkuasakan. 

“Yang mana tidak ada lesen dan cukai jalan akan sita dan pemilik kenderaan dipanggil sebelum dilepaskan,” katanya dalam Op Lejang Fasa 1 di Plaza Tol Bentong, di sini hari ini.

Sehingga pukul 12 tengah hari ini sebanyak 796 buah di periksa dalam Ops Lejang 1 di Plaza Bentong yang menyasarkan 3,000 motosikal diperiksa.

Menurut Aedy Fadly, berdasarkan data JPJ, sejak 2018 hingga Jun 2022 sebanyak 3.7 juta motosikal diperiksa dengan 1.3 juta motosikal telah diambil tindakan.

Jelasnya, antara kesalahan tertinggi yang direkodkan adalah tiada lesen memandu dengan 471,665 kesalahan diikuti LKM tamat tempoh sebanyak 313,174 kesalahan dan tiada perlindungan insuran sebanyak 299,722 kesalahan.

Dalam pada itu, mengulas isu Mat Rempit beliau berkata, pihanya memandang serius perkara itu dan akan mengambil tindakan tegas dan menyeluruh dalam isu berkenaan.

Katanya, pihak JPJ telah mengenal pasti lokasi ‘panas’ yang menjadi tumpuan aktiviti Mat Rempit di seluruh negara seterusnya bersedia melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan.

“Kita juga meminta orang ramai agar memaklumkan lokasi-lokasi pelumba haram dan operasi lumba haram kepada pihak JPJ untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya