Johor wujudkan jawatankuasa pantau pencemaran sungai

Johor wujudkan jawatan kuasa pantau pencemaran sungai

SUKARELAWAN  mengutip sampah di Sungai Tebrau sempena Program Pembersihan Sungai Tebrau, Johor Bersih@Tebrau di Bakar Batu, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri akan mewujudkan sebuah Jawatankuasa Penguatkuasaan dan Pemantauan Pencemaran Sungai-Sungai Di Johor dalam usaha memulihkan sungai-sungai yang tercemar.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri, K. Raven Kumar berkata, jawatan kuasa berkenaan adalah komitmen kerajaan negeri dalam usaha menjadikan Johor sebuah negeri maju yang mengutamakan aspek kebersihan.

Katanya, antara sungai yang paling terjejas akibat pencemaran adalah Sungai Tebrau dan Sungai Skudai.

“Masalah sampah di dalam sungai di negeri ini bukan baharu. Kutipan sampah bagi Sungai Tebrau dan Sungai Skudai yang dibuat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melebihi 500 tan setahun dengan berkenaan kos penyelenggaraan tahunan berjumlah RM650,000. 

“Ini tidak termasuk sampah-sarap yang dikeluarkan daripada sungai oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), iaitu hampir 900 tan setahun di Sungai Tebrau,” katanya pada Majlis Program Pembersihan Sungai Tebrau di Kampung Bakar Batu, di sini semalam.

Majlis berkenaan dirasmikan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi sempena pelancaran program Johor Bersih 100 Hari.

Sementara itu, Onn Hafiz memberitahu, kerajaan negeri akan menggunakan dua buah bot ‘Scavenger’ mengaut sampah kendalian JPS di semua sungai seluruh Johor.

Menurutnya, bot yang boleh memerangkap sehingga tiga tan sampah sarap dalam sekali perjalanan itu akan dimulakan di Sungai Tebrau dan Sungai Skudai yang merupakan antara sungai tercemar di negeri ini.

“Dianggarkan sebanyak 85 tan metrik sampah dikutip di Sungai Tebrau sebulan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) manakala di Sungai Skudai pula dianggarkan terdapat 70 tan sampah dikutip dalam tempoh sama,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya