JKM Melaka mohon bantuan kesan dua waris bayi - Utusan Malaysia

JKM Melaka mohon bantuan kesan dua waris bayi

WARIS kepada dua bayi yang ditinggalkan di Medan Selera Tun Tuah, Kampung Lapan, Melaka dan Hospital Melaka diminta tampil berhubung dengan JKM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka meminta bantuan orang ramai untuk mengesan waris kepada dua bayi yang salah satunya ditinggalkan di tandas Medan Selera Tun Tuah, Kampung Lapan di sini pada 9 Julai lalu.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, JKM menjelaskan, bayi lelaki itu ditemukan orang awam kira-kira pukul 12.40 tengah hari dipercayai baharu dilahirkan sebelum ibunya melarikan diri.

“Bayi berkenaan ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri atau nota daripada penjaganya. Mereka yang mempunyai maklumat mengenai bayi itu boleh berhubung dengan JKM Daerah Melaka Tengah di talian 06-2324797,” katanya.

Sementara itu, satu lagi kes membabitkan seorang bayi perempuan pramatang yang ditinggalkan selepas dilahirkan di Hospital Melaka, April lalu.

Tambah JKM Melaka, ibu kandung bayi itu dipercayai merupakan wanita warganegara Indonesia yang dikenali dengan nama, Maria Victoria Dos S. Bello.

Katanya, bayi berkenaan kini diletakkan di bawah perlindungan Institusi Rumah Tunas Kasih Tun Abdul Aziz, Durian Daun dekat sini.

“Dia telah melarikan diri daripada hospital ketika bayinya sedang mendapat rawatan di nurseri hospital. Justeru mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Alor Gajah atau Pelindung Kanak-kanak Alor Gajah ditalian 06-5561267,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya