JHEAT serbu kedai makan pelanggan peluk pelayan - Utusan Malaysia

JHEAT serbu kedai makan pelanggan peluk pelayan

TANGKAP layar rakaman klip video memaparkan dua pelanggan lelaki memeluk bahu dan pinggang seorang wanita di sebuah kedai makan yang tular dalam media sosial sejak minggu ini. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) melakukan serbuan di kedai makan di Kampung Saujana di sini, kelmarin selepas tular video dua pelanggan memeluk bahu dan pinggang seorang wanita, awal minggu ini.

Difahamkan, anggota penguat kuasa JHEAT melakukan serbuan bagi menjalankan siasatan berhubung video yang tular berkenaan.

Serbuan itu juga dipercayai bertujuan mengambil keterangan wanita berusia 35 tahun yang dikenal sebagai Darlene bagi melengkapkan siasatan tersebut.

Salah seorang pekerja restoran tersebut yang enggan dikenali berkata,  anggota penguat kuasa tersebut sekadar datang untuk mengambil keterangan wanita itu sahaja.

Menurutnya, dia kecewa kerana mendakwa Darlene teraniaya selepas ketelanjuran beberapa pelanggan mereka.

“Dia (Darlene) mangsa keadaan, orang lain buat hal, kami yang kena,” katanya ketika ditemui di kedai makan itu di sini, semalam.

Pekerja kedai makan itu memberitahu, pelayan wanita itu juga terpaksa mengambil cuti  selepas video tersebut tular dalam media sosial.

“Tidak pasal-pasal terpaksa bercuti untuk sibuk menguruskan hal ini (memberi keterangan kepada pihak berkuasa),” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya JHEAT, M. Rozi Bidi pula gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan mengenai operasi yang dijalankan di kedai makan berkenaan.

 Utusan Online pada 4 Julai lalu melaporkan JHEAT akan mengambil  tindakan terhadap individu terlibat dalam klip video aksi tidak sopan di sebuah kedai makan di Setiu, dekat sini yang tular dalam media sosial sejak kelmarin. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya