Haji: Jemaah perlu waspada gejala strok haba

Jemaah haji perlu waspada gejala strok haba

haji
KOS tunaikan haji meningkat kepada RM28,632 setiap jemaah. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jemaah haji diminta sentiasa berwaspada terhadap sebarang gejala strok haba dan cuba mengelakkan perkara itu daripada berlaku. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, suhu tinggi di tanah suci ketika musim haji boleh mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak menyebabkan seseorang itu sawan, koma dan maut. 

Beliau berkata, strok haba juga boleh berlaku sekiranya jemaah haji lama terdedah dengan suhu panas terutamanya ketika tawaf dan kurang minum air.

“Strok haba terjadi apabila suhu badan meningkat melebihi 40 darjah celsius. Suhu normal badan manusia adalah antara 36.6 darjah celsius hingga 37.2 darjah celsius. 

“Antara tanda-tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.

“Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Untuk rekod, kuota rasmi haji buat Malaysia bagi tahun 1444 Hijrah ini ditetapkan pada 14,306 jemaah. 

Jumlah kuota yang diterima daripada Kerajaan Arab Saudi itu adalah 45 peratus daripada kuota rasmi tahunan yang biasa diperoleh negara, iaitu 31,600 jemaah pada 2019.

Sementara itu di sebalik  protokol ketat ke atas bakal jemaah luar negara oleh Arab Saudi, pihak Tabung Haji tetap bersiap siaga jika ada kecemasan melibatkan warga Malaysia.

Antaranya penyediaan 20 buah ambulans berspesifikasi tinggi yang akhirnya menerima permit atau tasrih daripada pihak Kementerian Kesihatan Arab Saudi bagi melakukan perkhidmatan.

Menurut Dr. Noor Hisham, dua Pusat Rawatan Tabung Haji iaitu di Mekah dan Madinah juga berjaya menerima kelulusan permit atau tarkhis.

UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya