Jemaah haji ditipu perlu lapor segera kepada MOTAC

Jemaah haji ditipu perlu lapor segera kepada MOTAC

SEBAHAGIAN daripada 380 bakal jemaah haji yang terkandas di KLIA - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Para jemaah haji yang menjadi mangsa penipuan Pakej Haji Furada oleh sebuah agensi pelancongan diminta untuk membuat aduan rasmi kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Unit Komunikasi Korporat MOTAC dalam satu kenyataan memaklumkan aduan boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), MOTAC di pautan https://motac.spab.gov.my dan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di https://ttpm.kpdnhep.gov.my/portal/home bagi pemulangan wang. 

Katanya, dokumen-dokumen yang perlu disertakan dalam SISPAA MOTAC adalah seperti bukti tempahan pakej; bukti pembayaran deposit; bukti pembayaran penuh; terma dan syarat seragam ke luar negara (Jadual Keempat) milik syarikat. 

“Selain itu, salinan passport atau visa, salinan tiket penerbangan (jika ada), laporan polis dan apa-apa dokumen yang dianggap boleh membantu siasatan di peringkat kementerian ini.

“Pihak MOTAC akan membuat siasatan sewajarnya ke atas syarikat di bawah Seksyen 8(1)(d), Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] kerana menjalankan perniagaan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara, dan sekiranya didapati bersalah, syarikat boleh digantung atau dibatalkan lesen yang diberikan,” katanya hari ini. 

Kenyataan turut menyebut, MOTAC memandang serius dan prihatin terhadap penipuan Pakej Haji Furada oleh sebuah agensi pelancongan ke atas rakyat Keluarga Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam yang mana agensi pelancongan tersebut adalah berlesen dengan MOTAC. 

Katanya, pasukan penguatkuasaan MOTAC juga telah memantau dan menemubual wakil syarikat di KLIA semalam dan dimaklumkan sekiranya bakal jemaah tidak mendapat penerbangan seperti yang dijadualkan, wang akan dikembalikan secara berperingkat dan pasport dipulangkan. 

“Sekiranya rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam kes tersebut tidak mendapatkan kembali wang seperti yang dijanjikan, mereka adalah dinasihatkan untuk membuat laporan polis di Balai Polis Main Terminal Building (MTB) KLIA atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.

Semalam, seramai 380 bakal jemaah haji terkandas di KLIA di sini selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan apabila menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya