Itu sebenarnya bekas suaminya - Mak Wan - Utusan Malaysia

Itu sebenarnya bekas suaminya – Mak Wan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dihimpit satu demi satu kontroversi, pelakon, Halimatussa’diah Mohd Daud atau Mak Wan Latah tampil membuat pendedahan berkaitan bekas pembantu peribadinya, Amell.

Menurut Mak Wan, Amell sebelum ini kononnya pernah merancang untuk memperkenalkan dia dengan seorang individu yang didakwa Amell sebagai abang kandungnya sendiri.

Dakwanya, wanita tersebut telah memindahkan sejumlah wang dari akaun bank pelakon itu dengan alasan untuk mengahwinkannya dengan individu terbabit.

“Kononnya dia nak kahwinkan saya dengan abangnya. Padahal, individu yang dikatakan sebagai abangnya itu sebenarnya bekas suaminya. Yang katanya juga seorang pegawai polis berpangkat inspektor di Langkap, Perak.

“Saya dapat tahu kebenaran dari rakan-rakannya di kampung serta ibunya sendiri. Mereka yang memberitahu saya. Rupanya, dua nombor yang digunakan individu yang didakwa sebagai abangnya itu adalah lakonannya sahaja,” katanya.

Mak Wan berkata demikian usai sidang media teater Dara dan Mak Cik Bawang bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur semalam.

Mak Wan sebelum ini berdepan pelbagai tohmahan apabila bekas suaminya mendedahkan pelakon drama 7 Hari Mencintaimu 3 itu mempunyai akhlak yang tidak baik.

Pendedahan itu disusuli dengan pendedahan lain dibuat seorang wanita di laman Twitter yang mendakwa Mak Wan melakukan sihir kepada neneknya kerana cemburu.

Tidak lama selepas itu, tular sebuah video yang merakam gelagat Mak Wan berkaraoke dalam tempoh edah.

Terbaharu, bekas pembantu peribadinya pula tampil mendedahkan perbuatan syirik pelakon itu menerusi beberapa video yang tular dalam aplikasi TikTok.

Pada masa yang sama, Mak Wan juga mendakwa kali terakhir Amell dikenal pasti melakukan pengeluaran wang dari akaunnya adalah sekitar Jun lalu.

“Memang kad (bank) saya ada pada dia. Kali terakhir dia ambil duit saya adalah pada 22 Jun 2022 sebanyak RM1500 dengan RM500.

“Bila bayaran (lakonan) masuk ke dalam akaun saya, dia sarankan saya masukkan bayaran itu ke dalam akaun bersama.

“Akaun itu adalah CIMB. Katanya Hong Leong Bank. Tapi kenapa CIMB? Itu yang menjadi tanda tanya,” katanya lagi.

Dalam pada itu Mak Wan juga mengesahkan laporan telah dibuat dan pihak polis masih menyiasat perkara tersebut.

Selain itu, pelakon veteran itu memaklumkan dia berdepan semua ujian tersebut seorang diri tanpa ada sokongan rakan mahupun ahli keluarga sendiri.

“Cuma adalah seorang itu yang baik dengan saya, tapi dia duduk jauh. Dia banyak sokong, tenangkan saya bila jadi macam ini.

“Bila kata pertama itu benda tak betul, orang akan dengar yang pertama. Yang kita nak cakap ini tak betul dah. Macam itulah penerimaan dia orang.

“Sebab itu saya kata, biar saya diam sahaja daripada berkata-kata. Hati tak sakit, tak marah,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya