Irfan Haris luah derita empat tahun lalu dalam lagu

Irfan Haris luah derita empat tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Derita akibat hilang orang tersayang empat tahun lalu akhirnya diluahkan Penyanyi, Irfan Haris, menerusi sebuah lagu baharu bertajuk Bisik.

Single tersebut yang dihasilkan bersama abang kandungnya, Haiqal Iskandar turut menerima sentuhan saudara rapatnya, Ubaidillah dan diterbitkan Rocketfuel Entertainment.

“Idea disebalik ciptaan lagu ini tercetus ketika saya sedang menanggung kesedihan dan sangat ‘down’ kerana merindukan seseorang.

“Waktu itu saya baharu berpisah dengan seseorang yang amat dekat dengan saya. Jadi saya meluahkan perasaan ketika itu dengan penciptaan melodi secara spontan, ambil gitar dan terus memetiknya.

“Haiqal dan saya cipta melodi lagu ini manakala Ubaidillah bertanggungjawab menulis lirik melalui naratif yang saya cuba saya sampaikan,” katanya.

Irfan berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikongsikan kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, adik kepada penyanyi Amira Othman ini berkata Bisik juga menceritakan bisikan hati yang muncul kerana perasaan rindu kepada bekas kekasih.

“Bisik membawa maksud kata-kata berbisik pada diri sendiri apabila terlalu merindui seseorang sedangkan bekas kekasihnya telah mempunyai ‘orang’ baru.

“Lagu ini agak ‘sendu’, sesuai dengan mood yang saya cuba bawakan. Saya teruja untuk kongsikannya bersama peminat,” katanya lagi.

Selain single, video muzik lagu itu juga telah sempurna dihasilkan dan kini ditayangkan di laman YouTube.

“Idea disebalik video muzik ini juga datang dari saya sendiri. Saya ingin kongsikan kemurungan jiwa seorang lelaki apabila terlalu merindukan bekas kekasih.

“Menerusinya juga, saya ingin mengetengahkan isu tekanan mental kerana saya pasti ramai yang mempunyai pengalaman yang sama kerana cinta,” ceritanya.

Dalam perkembangan lain, meskipun sibuk dengan pembelajaran di kampus, penyanyi berusia 20 tahun ini berkata dia masih mempunyai masa untuk kerja-kerja nyanyian.

Kata penyanyi lagu Hilang ini, dia selesa bekerja dengan keluarga sendiri kerana keserasian yang terbina sejak usia kanak-kanak lagi.

“Perkara itu mungkin kerana hubungan akrab yang sudah terjalin secara semula jadi sejak kecil,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya