IRDA catat RM13 bilion pelaburan komited

IRDA catat RM13 bilion pelaburan komited

ISMAIL Sabri Yaakob bersama ahli IRDA di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. - FOTO/PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Para pelabur asing semakin yakin untuk melabur di negara ini dengan dibuktikan pelaburan menerusi Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar Malaysia (IRDA) apabila lebih RM10 bilion bakal dijana pelaburan asing di wilayah ini bagi pembangunan pusat data.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejak penubuhannya sehingga kini, IRDA merekodkan sejumlah RM219 bilion dengan 60 peratus (hampir RM221 bilion) daripadanya adalah pelaburan domestik, manakala selebihnya sebanyak RM148 bilion daripada pelaburan asing. 

Bagi tahun ini pula sehingga bulan lalu, kata Perdana Menteri, Iskandar Malaysia mencatatkan sebanyak RM13 bilion pelaburan komited, iaitu sebanyak RM6 bilion daripadanya telah pun direalisasikan.

“Jumlah yang dicatat ini membuktikan pelabur asing semakin yakin untuk melabur di Malaysia.  

“Pelaburan asing ini akan memberikan pertambahan peluang pekerjaan untuk Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli IRDA kali ke-30 bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz, hari ini.

Menurut Perdana Menteri,  secara keseluruhannya, lebih 6,000 orang  Keluarga Malaysia di wilayah ini mendapat manfaat secara langsung  daripada semua inisiatif sosioekonomi yang telah dijalankan melalui IRDA.

Dalam pada itu, jelas beliau, IRDA turut merangka Strategi Pertanian Moden dalam  mengukuhkan agenda Sekuriti Makanan.  

Untuk itu, katanya, pembangunan teknologi 5G yang merupakan komponen sokongan utama  Pertanian Moden disegerakan di Kawasan Iskandar Malaysia bagi  menangani isu bekalan makanan dalam negara.  

“Ini adalah sejajar dengan agenda kerajaan yang memberikan penekanan kepada sekuriti makanan melalui peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). 

“Pertanian Moden Iskandar Malaysia ini bakal menjenamakan IRDA sebagai “Agrifood Hub” Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, kata Perdana Menteri, IRDA juga sedang merangka Draf Pelan Pembangunan Komprehensif  Iskandar Malaysia 2022-2030 yang bakal menjadikan wilayah ini sebagai salah satu tunjang utama menjana ekonomi negara.

Ia berkonsepkan pembangunan mampan dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan,  kejutan dan tekanan masa depan. 

“Pembangunan di wilayah ini amat penting bagi menjamin kesejahteraan  Keluarga Malaysia secara inklusif dan menyeluruh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya