Influenza: Belum ada kes maut, klinik swasta mula jual stok penimbal - Utusan Malaysia

Influenza: Belum ada kes maut, klinik swasta mula jual stok penimbal

KHAIRY Jamaluddin (tengah) melancarkan Makmal Penyelidikan Klinikal Hematogenix yang pertama di Cyberjaya.- UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan belum ada lagi sebarang kes kematian yang disebabkan lonjakan ketara bilangan pesakit influenza di seluruh negara.

Malah, beliau memaklumkan bahawa mulai semalam semua farmasi di klinik swasta sudah pun mula mendapat ubat daripada stok penimbal kerajaan bagi memastikan bekalan cukup.

“Untuk minggu epidemiologi ke-29 iaitu sepanjang minggu ini, kita merekodkan empat lagi kluster baharu daripada sejumlah 169 kluster dan tahun ini memang ada peningkatan ketara. Bagaimanapun, saya bersyukur tiada kes maut dan setakat ini situasi penyakit itu boleh dianggap seperti selesema bermusim dengan masih lagi terkawal,” katanya selepas merasmikan pembukaan Hematogenix, iaitu makmal onkologi berpusat ternama pertama rantau Asia Pasifik dan turut disaksikan oleh Presidennya, Dr. Hytham Al-Masri.

Ia merupakan premis yang keempat di dunia selepas Chicago, Amerika Syarikat; Manchester, Britain dan Shanghai, China dengan telah mula beroperasi sekitar Jun tahun lepas.

 Khairy memberi jaminan bahawa masyarakat tidak perlu panik kerana lonjakan kes disebabkan trend pendedahan umum selepas pembukaan semula sekolah.

“Kita kesan ramai kena influenza sebab imuniti rendah setelah dua tahun Perintah Kawalan Pergerakan dengan kumulatif kluster sekolah sahaja 213 dan kluster tadika pula ada 16,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan ibu bapa, pengasuh tadika dan guru sekolah agar sentiasa mengingatkan murid untuk lebih menjaga kebersihan kendiri selain sering memakai pelitup muka.

Pada masa sama, beliau meminta masyarakat agar tidak terkejut jika mendapati farmasi di klinik swasta menjual ubat tertentu yang ada label Kementerian Kesihatan kerana ia memang sah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya