PETALING JAYA: Indonesia membuat kejutan apabila menghentikan proses kemasukan semua pekerjanya ke Malaysia berkuat kuasa semalam iaitu hanya kira-kira tiga bulan selepas memeterai mememorandum persefahaman (MoU) mengenai kemasukan pekerja asing dari republik itu. Keputusan itu dibuat setelah Indonesia mendakwa Malaysia melanggar salah satu perjanjian dalam MoU apabila didapati masih meneruskan System Maid Online (SMO) yang sepatutnya dihentikan, sebaliknya menggunakan menggunakan satu saluran iaitu One Channel System (OCS). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Agensi Pekerjaan Malaysia (Papa), Datuk Foo Yong Hooi turut mengesahkan perkara tersebut. “Saya dapat tahu Indonesia buat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya