Impak filem Mat Kilau, lebih 100 tanjak ditempah - Utusan Malaysia

Impak filem Mat Kilau, lebih 100 tanjak ditempah

Yunus Baharum menunjukkan tanjak yang dihasilkannya ketika ditemui pemberita di Seremban 2, Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tempias sambutan hangat orang ramai terhadap filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang kini sedang ditayangkan di pawagam ketika ini turut diterima seorang pengusaha tanjak tradisional dari Kuala Pilah.

Penakuk destar atau penyolek tanjak dari Pusat Inkubator Kraftangan Malaysia Cawangan Kuala Pilah, Mohd. Yunus Baharum, 39, berkata, sejak filem itu ditayangkan, dia sendiri tidak menang tangan apabila menerima tempahan lebih 100 tanjak pelbagai jenis daripada orang ramai.

“Sambutan memang luar biasa, lebih 100 tanjak sudah ditempah oleh peminat busana tradisional. Saya menganggap ini satu kesedaran dan kebangkitan semangat Melayu yang mula mengalir dalam diri mereka. 

“Selain tujuan untuk berfesyen, filem Mat Kilau telah membuka semangat kemelayuan yang tinggi dalam kalangan pelbagai peringkat umur. Ini menunjukkan bahawa pemakaian tanjak atau tengkolok sudah mendapat tempat dalam kalangan peminatnya walaupun bukan pada musim perayaan,” katanya.

MOHD. Yunus Baharum menunjukkan tanjak yang dihasilkannya ketika ditemui pemberita di Seremban 2, Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

 

 

 

 

Dia ditemui pemberita di Karnival Minggu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) 2022 dan Kempen Beli Barangan Malaysia Peringkat Negeri Sembilan di Seremban 2 hari ini.

Sementara itu, menurut Mohd. Yunus, pada musim perayaan lalu, dia menerima tempahan kira-kira 300 tanjak termasuk pembelian secara dalam talian. 

“Selain musim perayaan, terdapat individu mahupun dari syarikat korporat dan pertubuhan kukan kerajaan (NGO) yang menempah tanjak bagi tujuan menghadiri majlis tertentu seperti perhimpunan busana,” katanya. 

Tambahnya, sebanyak empat jenis tanjak yang mendapat sambutan daripada pelanggan antaranya, Mahkota Alam, Anjutan Pintas, Solok Timbo, Tanjak Helang Menyongsong Angin dan Anderi Guru Selebu. 

Jelas Mohd. Yunus, harga tanjak tersebut bermula pada harga serendah RM50 bagi kanak-kanak sehingga mencecah RM600 bagi pelbagai jenis rekaan tanjak. –UTUSAN

 

CAPTION: 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya