HFMD naik 27 kali ganda di Kelantan

HFMD naik 27 kali ganda di Kelantan

DR. IZANI HUSSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kes jangkitan penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD) di Kelantan naik sebanyak 27 kali ganda pada minggu epid (ME) ke 28 tahun ini bagi tempoh yang sama 2021 lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, sepanjang tahun ini sebanyak 7,078 kes kumulatif telah direkodkan berbanding 261 kes bagi tahun 2021.

Menurutnya, bagaimanapun jangkitan itu menunjukkan penurunan sebanyak 58.5 peratus pada ME 28 berbanding ME 27.

“Sebanyak 25 kes HFMD telah dilaporkan sehingga ME 28 pada tahun tahun ini berbanding dengan hanya satu kes sahaja bagi tempoh yang sama tahun lalu.

“Setakat ini, tiada kes baru dilaporkan pada ME 28. Kali terakhir HFMD yang dilaporkan pada tahun ini adalah pada ME 24,” katanya selepas menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Datuk Md. Alwi Che Ahmad pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14 di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Dr Izani memberitahu, sebahagian besar wabak yang dilaporkan adalah melibatkan taska dan pusat jagaan kanak-kanak. 

Katanya, daripada jumlah kes HFMD yang dilaporkan pada tahun ini majoriti kes adalah dalam kalangan kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun iaitu sebanyak 68 peratus.

“Secara keseluruhan 90.3 peratus dari kes yang dilaporkan adalah berumur 6 tahun dan ke bawah,” ujarnya.

Dr. Izani berkata, Kota Bharu mencatatkan kes paling tinggi iaitu 2,968 kes diikuti Pasir Mas (610) dan Pasir Puteh (561). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya