Hasil berkurang, 83,000 peneroka Felda rugi RM200 juta sebulan

Hasil berkurang, 83,000 peneroka Felda rugi RM200 juta sebulan

THP juga telah meningkatkan usaha mekanisasi dan inisiatif transformasi di semua ladangnya untuk meningkatkan kecekapan operasi. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Hampir 80 peratus tenaga kerja di ladang bergantung kepada buruh asing terutama Indonesia dan kekurangan­nya ketika ini cukup memberikan kesan terutama kerugian kira-kira RM200 juta sebulan membabitkan 83,000 peneroka di 317 tanah rancangan seluruh negara.

Jika dilihat hasil sawit Felda setahun, ia berkurangan daripada 18.60 metrik tan sehektar pada 2019 kepada 17.60 metrik tan sehektar (2020) dan 17.29 metrik tan sehektar pada tahun lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, Sulong Jamil Mohamed Shariff berkata, kesan Covid-19 bermula pada 2020 dan kekurangan buruh asing menyebabkan sebahagian besar peneroka Felda seluruh negara mengalami kerugian apabila buah tidak dapat dituai.

SULONG JAMIL MOHAMED SHARIFF

Jelasnya, pada tahun ini hasil sawit peneroka Felda dijangka terus mencatatkan penurunan ekoran masalah ketiadaan buruh asing yang belum selesai terutama dari Indonesia yang dibekukan sementara pengambilan.

“Sepatutnya pada setiap tahun peneroka Felda boleh dapat lebih 20 tan metrik sehektar setahun,” katanya di sini semalam.

Jumaat lalu, Utusan Malaysia melaporkan, Indonesia tidak kisah jika Malaysia membuat keputusan membatalkan memorandum persefahaman (MoU) pengambilan pekerja dari negara itu yang dimeterai 1 April lalu.
Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono mengumumkan pembekuan sementara kemasukan semua pekerja Malaysia berkuat kuasa serta-merta selepas mesyuarat bersama pegawai kementerian luar dan kementerian tenaga kerja negara itu.

Keputusan itu dibuat setelah saluran sistem saluran tunggal yang dipersetujui dalam MoU terkesan dengan sistem MOS yang masih membenarkan pekerja Indonesia memasuki negara ini menggunakan visa pelancong sebelum memohon permit kerja.

Mengulas tentang kerugian, Sulong Jamil berkata, kira-kira RM200 juta sebulan kerugian dianggarkan ditanggung 83,000 peneroka Felda di seluruh negara ekoran kekurangan tenaga buruh asing bagi menuai hasil sawit di ladang mereka.

Kerugian itu katanya, hanya mengambil kira tiga tan buah tandan segar (BTS) yang membusuk di pokok kerana tidak sempat dituai dalam tempoh dua pusingan sebulan membabitkan seorang peneroka di 317 tanah rancangan Felda.

“Itupun (kerugian) kita hanya ambil kira hasil sawit dalam jumlah kecil iaitu tiga tan seorang pada pusingan kedua dan membabitkan 83,000 peneroka yang menghantar hasil kepada Felda,” katanya.

Kerja-kerja penuaian buah kelapa sawit dilakukan dua pusingan pada setiap bulan berselang antara 15 hari ke 20 hari setiap pusingan.

Sehingga Jun lalu katanya, kekurangan buruh menuai di 317 tanah rancangan Felda adalah seramai 9,496 orang.

“Jumlah buruh penuai sawit diperlukan bergantung kepada jumlah peneroka di setiap tanah rancangan. – UTUSAN

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya