Hartanah: Kumpulan Ehsan tambah peluang kerja tahun depan - Utusan Malaysia

Hartanah: Kumpulan Ehsan tambah peluang kerja tahun depan

ABDUL Hamid P.V. Abdu (tengah) melancarkan Fasa Terakhir dan Perasmian Rumah Contoh Taman Mawar Ehsan, di Rembau, hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Kumpulan Syarikat Ehsan bakal menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan bermula tahun hadapan didorong perkembangan positif sektor hartanah ketika ini.

Pengasas merangkap Ketua Eksekutif syarikat tersebut, Datuk Abdul Hamid P.V. Abdu berkata, sekurang-kurangnya 200 peluang pekerjaan baharu akan ditawarkan menerusi pelaksanaan dua projek perumahan tahun hadapan.

“Semasa pandemik Covid-19, kebanyakkan syarikat hartanah berhadapan kesukaran termasuklah membabitkan tenaga kerja serta harga bahan binaan yang melonjak.

“Alhamdulillah, kami berjaya mengatasi masa-masa sukar tersebut dan kini kami berhasrat untuk melaksanakan dua projek perumahan pada tahun hadapan yang akan membuka ratusan peluang pekerjaan buat warga tempatan.

“Projek tersebut membabitkan 650 unit rumah di Mount Austin, Johor dan 448 unit rumah di Nilai, Negeri Sembilan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Fasa Terakhir dan Perasmian Rumah Contoh Taman Mawar Ehsan, di sini, hari ini.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata, pihaknya setakat ini telah menjalankan 18 buah projek perumahan dengan kesemuanya berjaya disiapkan mengikut masa. 

Menurutnya, buat masa ini terdapat dua buah projek sedang berjalan iaitu projek Taman Mawar Ehsan di Rembau dan projek Taman Universiti Bestari di Sungai Petani, Kedah yang membabitkan pembinaan 595 unit kediaman.

Dalam pada itu, katanya, sudah terdapat kesedaran tinggi dalam kalangan masyarakat ketika ini untuk mula membeli kediaman pada usia muda.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya