Harga kambing mahal, tempahan korban berkurangan - Utusan Malaysia

Harga kambing mahal, tempahan korban berkurangan

Osman Cheyakutty melihat kambing yang akan dikorbankan sempena Aidiladha di Osman Goat Farm, Kampung Kangkar Tebrau, Johor Bahru esok. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Syarikat penternakan, Osman Goat Farm menyediakan 1,100 ekor kambing sempena menyambut Hari Raya Aidiladha ini.

Pengarah Urusannya, Osman Cheyakutty, 54, berkata, jumlah tersebut kurang berbanding 2,000 ekor yang ditempah pada tahun lalu.

Menurut beliau, penurunan itu  dijangka kerana harga seekor kambing kini mencecah RM1,000 hingga RM1,800 seekor berbanding RM900 hingga RM1,600 pada tahun lalu.

“Kenaikan harga kambing tahun ini  disebabkan harga makanan dan ubat-ubatan untuk haiwan semakin mahal,” katanya kepada Utusan Malaysia di di Kangkar Tebrau, di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata Osman, permintaan  ibadah korban masih mendapat permintaan daripada orang perseorangan termasuk dari rakyat Singapura.

Katanya, seramai 64 pekerja akan mengendalikan ibadah korban bermula proses penyembelihan sehingga melapah.

“Sebanyak 500 ekor kambing akan disembelih pada hari pertama raya dan ada yang datang ke ladang untuk memilih kambing hidup untuk dikorbankan di kediaman masing-masing,” jelasnya.

Katanya, jenis kambing  di Osman Goat  daripada baka  Australia, Thailand, Burma dan kambing tempatan serta biri-biri.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya