Hampir semua program Kemas capai sasaran 100 peratus

Hampir semua program Kemas capai sasaran 100 peratus

ABDUL Rahman Mohamad menyaksikan MoU antara Kemas dan SPRM pada Majlis Pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) di KPLB Putrajaya. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) menyasarkan mampu mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) lengkap 100 peratus untuk semua aktiviti sebelum akhir tahun ini.

Malahan, Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, secara umum kesemua program KPI Aspirasi Keluarga Malaysia hampir berjaya memenuhi sasaran yang ditetapkan.

“Alhamdulillah, kejayaan ini direalisasikan menerusi kerjasama yang amat bersepadu daripada kakitangan Kemas meliputi setiap peringkat di seluruh seluruh,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Perhimpunan Bulan Julai dan pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi Kemas 2022-2026 di kementerian berkenaan di sini hari ini.

Beliau juga memimpin bacaan Ikrar Bebas Rasuah yang disertai 440 kakitangan dan disaksikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Mengulas lanjut, Mohamad Yasid berkata, sepanjang tahun ini, Kemas diperuntukkan bajet sebanyak RM8,017,656 untuk melaksanakan pelbagai program berteraskan KPI antaranya Program Asnaf Berdikari membabitkan 50 peserta dengan dana RM150,000 dan Program Quickwin yang melibatkan 150 usahawan dengan dana RM500,000.

“Kemas juga berjaya menyiapkan Program Quickwin Kiosk meliputi sejumlah 10 buah kiosk disasarkan dengan peruntukan dibelanjakan sebanyak RM100,000,” jelasnya.

Beliau turut gembira apabila Program Pembangunan Usahawan Kemas untuk tahun ini sudah melahirkan seramai 1,573 usahawan dan keseluruhan perbelanjaan berjumlah RM385,650 selain Program Perluasan Akses dan Jaringan Internet apabila sebanyak 314 daripada 700 akses yang disasarkan sudah pun dipasang dengan peruntukan RM42,390.

Pada masa sama, jabatan itu, ujar Mohamad Yasid juga membelanjakan RM116,500 bagi 19 siri Program Pendidikan Literasi Fungsian dikelolakan agensi itu di seluruh negara tahun ini.

Menyentuh Pelan Antirasuah Organisasi, beliau menjelaskan ia mengandungi lima strategi yang perlu dilengkapkan dalam masa lima tahun oleh kesemua bahagian dan unit di Kemas bertemakan Kemas Berintegriti Rasuah Diperangi, menggariskan 25 inisiatif agar warga agensi itu membudayakan konsep pencegahan rasuah dalam tugasan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya