Guru KAFA didakwa cederakan murid direman 

Guru KAFA didakwa cederakan murid direman 

GURU KAFA (tengah) yang didakwa mencederakan seorang murid dibawa ke Mahkamah Kuala Terengganu untuk mendapatkan perintah reman, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dakwaan mencederakan anak muridnya hingga patah kaki pada minggu lalu.

Perintah reman tersebut dibenarkan  Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah  Kuala Terengganu, Rabiatul Adawiyyah Che Khalid di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, suspek yang berusia 35 tahun disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, menurut sumber, dalam kejadian pada 6 Julai lalu, murid lelaki tahun tiga mendakwa kaki kanannya patah akibat dihempas oleh seorang guru KAFA di sebuah sekolah di Marang dekat sini.

“Ibu mangsa berusia 36 tahun menyedari kecederaan dialami kaki kanan anaknya sewaktu mengambil kanak-kanak itu pulang dari kelas pada pukul 5 petang.

“Mangsa berusia sembilan tahun itu kemudiannya telah dibawa ke klinik swasta berhampiran bagi pemeriksaan sebelum kaki kanannya disahkan patah,” ujarnya.

Laporan polis berhubung kejadian tersebut telah dibuat ibu bapa mangsa pada 8 Julai lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya