Gunung Inas: Sanusi musykil besar mana kolam pecah?  - Utusan Malaysia

Gunung Inas: Sanusi musykil besar mana kolam pecah? 

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor (tengah) melihat sistem pembayaran tanpa tunai dan iHasil Kedah di Pejabat Tanah Kota Setar di Alor Setar, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor musykil dengan saiz kolam takungan dibina untuk projek tanaman durian Musang King di Gunung Inas  yang disahkan pecah sehingga menyebabkan berlaku kepala air di beberapa buah kampung di Kupang, Baling baru-baru ini.

Muhammad Sanusi akur dengan jawapan  Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di Parlimen hari ini yang berkata, kolam takungan di Gunung Inas pecah yang menjadi punca tragedi itu dan bukan hujan. 

“Kalau satu kolam sebesar itu airnya sampai sehingga ke 42 buah kampung, besar mana (agaknya) kolam itu, kita kena fikir dahulu.

“Kalau hujan tak lebat, kolam itu besar mana? Limpahan air sebanyak itu (turut) membawa tanah, pasir yang banyak (sehinggakan) hanyut 17 rumah. Besar mana kolam itu,” soalnya ketika diminta mengulas jawapan KASA hari ini.

Terdahulu, Muhammad Sanusi merasmikan Program Bayaran Tanpa Tunai dan iHasil Kedah, di sini, hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, kajian yang dilaksanakan mendapati terdapat satu kolam yang pecah sehingga menyebabkan berlakunya banjir di beberapa kampung termasuk Kampung Iboi, Kampung Padang Lengkuas, Bukit Hangus dan Kampung Pisang.

Tambah beliau, kadar hujan pada hari kejadian itu pula hanya 36 hingga 40 milimeter (mm) sahaja.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, ketika melakukan tinjauan udara selepas hari kejadian, beliau tidak menjumpai mana-mana kolam yang pecah walaupun dapat melihat dengan jelas dua kolam semasa berada di dalam helikopter.

“Kolam yang nampak jelas ada dua, (tapi) tak pecah. (Mungkin) yang pecah tak nampak sebab dah pecah (kerana) pandangan kasar dari atas tak nampak, perlu mendaki bukit yang semua itu dilakukan pihak teknikal,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya