Gagal bayar denda, penghantar makanan hina Islam dipenjara enam bulan - Utusan Malaysia

Gagal bayar denda, penghantar makanan hina Islam dipenjara enam bulan

MOHD. Nor’Muzil Mohd Razalli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor atas pertuduhan menghina Islam, Nabi Muhammad SAW, Allah SWT dan bangsa Melayu melalui saluran YouTube miliknya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Lelaki yang menghina Islam dalam sebuah video yang tular di laman sosial pada Sabtu lalu dikenakan hukuman penjara enam bulan selepas gagal membayar denda RM50,000.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, Mohd. Nor’Muzil Mohd Razalli, 39, yang beralamat di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas pertuduhan menghina Islam, Nabi Muhammad SAW, Allah SWT dan bangsa Melayu melalui saluran YouTube miliknya.

“Tertuduh mengaku bersalah dan didenda RM50,000, jika gagal hukuman penjara enam bulan. Tertuduh gagal membayar denda tersebut dan dikenakan hukuman penjara enam bulan di Penjara Kajang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu media melaporkan seorang penghantar makanan didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menghina Islam menerusi satu rakaman video di saluran YouTube miliknya pada Sabtu lepas.

Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Nor’muzil Mohd. Razalli, 39.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya