Gaduh apa lagi ini? - Utusan Malaysia

Gaduh apa lagi ini?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Rasanya, sebelum ini pernah sahaja Cik Bunga menemu bual dan menulis cerita mengenai dua artis ini yang sudah lama berseteru. Kalau tak silap, lima tahun lamanya jugalah mereka ini melancarkan ‘perang’ walaupun sebelum itu, ramai tahu kedua-duanya bersahabat baik dan cukup akrab.

Inilah yang dinamakan dugaan hidup. Adakala dalam persahabatan juga kita diuji. Tentu ada hikmah dan sebab. Pun begitu, apabila timbul lagi cerita kononnya Ifa Raziah dan Roslan Shah kembali berseteru setelah sekian lama berdiam, Cik Bunga pun tertanya-tanya juga, apa halnya pula kali ini?

Khabarnya, ada berkaitan dengan bab-bab berkawan juga. Kononnya, Ifa bengang dengan tindakan Roslan sebab mengajak seorang selebriti media sosial dan usahawan dari Utara, Che Ta Potpet untuk bekerjasama buat program perniagaan di Singapura.

Kalau mereka yang mengikuti perkembangan kerjaya Ifa, pasti tahu, Ifa pun ada bekerjasama dengan Che Ta Potpet itu menerusi program mega Starvendors kelolaannya sebelum ini. Hubungan mereka pun baik dan nampak ngam sahaja.

Tup tup, nak dijadikan cerita, bila Roslan ajak Che Ta Potpet itu ke acara di Singapura, hal itu tidak begitu mendapat persetujuan Ifa, kata oranglah. Tak tahulah sebab apa, cuma Cik Bunga tak fikirlah Ifa akan buat begitu.

Sebenarnya, cakap-cakap belakang ini tak akan pernah habis selagi semua pihak tidak bertemu mata bercakap akan apa masalah sebenar. Cik Bunga pun bukannya tak kenal dengan Ifa. Tak mungkin Ifa nak halang kawannya untuk berkawan dengan sesiapa dan sebagainya.Apa motifnya bukan?

Roslan pun Cik Bunga kenal. Pasti dia pun cuma nak kongsi rezeki dan tak salah pun nak buka peluang berniaga kepada mana-mana rakan artis lain. Cik Bunga pun tahu, kalau di Singapura, program bersama artis memang laku keras, buat apa sahaja pun, orang sana memang rajin beri sokongan.

Jadi, pasal hal gaduh-gaduh ini, satu sahaja Cik Bunga harap. Rasanya, harapan yang sama juga buat rakan-rakan artis dan penggiat industri lain yang saling mengenali kedua-dua selebriti ini. Iaitu, cuba cari jalan terbaik.

Mungkin mustahil untuk kita menyuruh kedua-duanya segera berbaik. Sebab itu soal hati dan keikhlasan diri. Tetapi, kalau boleh, bagi Cik Bunga, usahlah bergaduh begini lagi. Buang masa dan tidak produktif. Masing-masing pun sudah dewasa. Profesionalisme itu lebih menawan untuk dilihat. Cik Bunga doakan yang terbaik buat semua pihak. Insya-Allah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya