Festival Mistik Bidayuh pamer budaya masyarakat Bidayuh

Festival Mistik Bidayuh pamer budaya masyarakat Bidayuh

WILLIE Mongin (duduk tengah) bersama ahli-ahli jawatankuasa penganjur Festival Mistik Bidayuh 2022 menunjukkan poster festival.di Kuchong baru-barru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUNCAK BORNEO: Festival Mistik Bidayuh 2022, yang julung kali akan diadakan dari 29 hingga 31 Julai ini menjanjikan aktiviti-aktiviti menarik untuk disertai dan ditontoni oleh pengunjung ke festival berkenaan.

Antara aktiviti yang akan dilangsung sepanjang festival tiga hari itu adalah pertandingan ratu cantik Dayung Remus Mistik Bidayuh, pertandingan tarian tradisional Bidayuh, pertandingan memasak, pertandingan tarian poco-poco, bazar makanan yang menjual makanan tradisional kaum Bidayuh dan pameran oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Willie Mongin yang juga penaung festival itu berkata, objektif festival itu diadakan adalah bagi mempopularkan kebudayaan, seni dan makanan kaum Bidayuh yang semakin dilupa kepada masyarakat umum.

Katanya, persiapan untuk festival tiga hari itu sedang berjalan lancar dan menjangka akan menerima sambutan tinggi daripada masyarakat sekitar, malah dari luar Sarawak.

“Selain itu, penganjuran festival itu akan turut memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha gerai menjana pendapatan tambahan,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Puncak Borneo di Senaruh Hill di sini hari ini.

Beberapa orang penyanyi Bidayuh termasuk Rozzie Mila dan Claudia Geres akan menghiburkan pengunjung ke festival berkenaan.

Menurut Willie, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Santhara J.P akan merasmikan festival berkenaan pada malam 30 Julai ini.

Festival tiga hari dua malam itu akan dimulakan dengan pertandingan tarian tradisional Bidayuh pada malam 29 Julai, pertandingan ratu cantik Dayung Remus pada malam 30 Julai dan pertandingan memasak makanan tradisional kaum Bidayuh pada 31 Julai.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya