DUN Sabah lulus kenaikan gaji anggota pentadbiran, ADUN

DUN Sabah lulus kenaikan gaji anggota pentadbiran, ADUN

HAJIJI Noor (kanan) bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin (kiri) semasa persidangan DUN Sabah di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan kenaikan emolumen atau gaji Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), speaker, timbalan speaker dan anggota-anggota pentadbiran kerajaan.

Speaker DUN, Datuk Kadzim M. Yahya meluluskan kenaikan emolumen itu menerusi pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1981 selepas ia dibacakan untuk kali ketiga.

RUU yang dibentangkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor itu dibahaskan oleh ADUN mewakili kerajaan dan juga pembangkang.

Hajiji, yang juga Menteri Kewangan berkata, inisiatif menaikkan kadar gaji itu dilakukan bagi meringankan bebanan kewangan dalam kalangan anggota kerajaan dan wakil rakyat.

Katanya, implikasi kewangan yang terlibat juga tidak begitu membebankan kerana ia hanya membabitkan sejumlah RM5.6 juta setahun.

Berdasarkan pindaan itu, gaji Ketua Menteri akan meningkat daripada RM23,595 kepada RM33,033; gaji timbalan ketua menteri meningkat daripada RM20,872.50 kepada RM29,221.50; dan gaji menteri dinaikkan daripada RM16,335 menjadi RM22,869.

Sementara itu, gaji ADUN pula dinaikkan daripada RM7,950 kepada RM11,130. Turut dinaikkan gaji speaker, timbalan speaker, pembantu menteri dan juga setiausaha politik.

Hajiji berkata, semakan pelarasan ini perlu memandangkan kedudukan Sabah yang luas dan tanggungjawab anggota perkhidmatan semakin mencabar.

“Kedudukan emolumen anggota kerajaan atau ADUN di Sabah agak rendah jika dibandingkan dengan beberapa negeri lain di Semenanjung Malaysia.

“Justeru, kita ambil insiatif untuk menaikkan kadar emolumen ini. Dengan kenaikan emolumen ini, ia akan digunakan oleh wakil rakyat untuk membantu rakyat di kawasan mereka,” katanya.

Jelas beliau, keputusan itu akan mengundang pelbagai respon daripada rakyat namun, kerajaan perlu mempunyai usaha atau dasar yang baik bagi memastikan golongan kurang berkemampuan terus dibantu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya