DUN Perak kecoh isu perlombongan nadir bumi

DUN Perak kecoh isu perlombongan nadir bumi

HOWARD LEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini kecoh seketika berikutan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad mendakwa projek perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Hulu Perak telah dimulakan ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Pembangkang, Dr. Abdul Aziz Bari (PH-Tebing Tinggi) bangun untuk mencelah mengenai dakwaan Saarani itu  bagaimanapun tidak dibenarkan oleh Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid yang mengatakan ia bukan sesi perbahasan.

Keadaan bertambah hangat apabila  Howard Lee Chuan How (PH- Pasir Pinji) mengemukakan soalan lisan kepada Saarani yang dicelah  Datuk Abdul Manaf Hashim (BN-Pengkalan Baharu) 

Howard Lee menegaskan PH tidak pernah membuat sebarang keputusan di peringkat mesyuarat exco untuk meluluskan perkara berkaitan dengan dakwaan ADUN Kota Tampan itu.

“Itu faktanya, kita boleh cabar di luar dewan. Boleh bawa keluar sebab benda yang tidak betul perlu dibetulkan,” katanya.

Terdahulu, Saarani ketika menjawab soalan lisan Datuk Mohd. Tarmizi Idris (BN-Kenering) berkenaan jaminan projek NREE itu tidak akan memberi kesan buruk kepada penduduk sekiranya kerajaan berubah berkata, projek berkenaan merupakan satu sumber baharu kepada kerajaan negeri dan bukan sahaja diuruskan oleh beliau sebagai Menteri Besar yang baharu.

“Sebenarnya NREE ini telah dimulakan di zaman PH menjadi kerajaan Perak. Menteri Tanah dan Sumber Asli ketika itu Datuk Dr. Xavier Jayakumar sudah membawa rombongan daripada kementerian termasuk Jabatan Teknikal Perak melawat China untuk melihat bagaimana negara itu mengesktrak bijih lantanid ini.

“Jadi dengan keyakinan itu maka teknologi berkenaan dibawa ke Perak dan diyakinkan bahawa ia adalah selamat kerana saya tengok dalam gambar Dr. Xavier dan rakan-rakan minum air daripada takungan hasil ekstrak bijih tersebut menunjukkan ia selamat, bukan satu bahan radioaktif,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya