Dua lelaki melecur, kapal sarat muatan petrol terbakar - Utusan Malaysia

Dua lelaki melecur, kapal sarat muatan petrol terbakar

KEBAKARAN kapal yang sarat muatan petrol di perairan Paitan, Beluran semalam. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Dua lelaki melecur sebahagian anggota badan dalam kejadian kebakaran sebuah kapal berhampiran jeti daerah kecil Paitan, Beluran semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, kapal dinaiki mangsa yang sarat dengan muatan petrol terbakar sepenuhnya.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu, sepasukan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 173 kilometer daripada BBP Beluran.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, didapati dua mangsa lelaki mengalami kecederaan akibat melecur anggota badan.

“Mangsa dikenali sebagai Mohd. Jefri Kaung, 39, dan Taufik Jamin, 19. Mangsa berusia 39 tahun itu melecur kira-kira 60 peratus anggota badan manakala Taufik hanya melecur kira-kira lapan peratus.

“Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Pitas oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi,” katanya dalam kenyataan.

Operasi pemadaman kebakaran terkawal kira-kira pukul 9.15 malam dan tamat sepenuhnya dua minit kemudian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya