Dewan Rakyat lulus RUU Antigangguan Seksual

Dewan Rakyat lulus RUU Antigangguan Seksual

dewan rakyat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual diluluskan di Dewan Rakyat semalam selepas dirangka sejak lebih 10 tahun lalu.

Usaha penggubalan RUU berkenaan yang bermula 2011 diluluskan dengan pindaan selepas 26 pembahas mengambil bahagian dalam sesi perbahasan sejak semalam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, melalui RUU ini, ia mengiktiraf gangguan seksual sebagai satu bentuk diskriminasi, pencabulan maruah dan keganasan berasaskan jantina.

“RUU ini penting dan berketepatan pada masanya kerana kita akan tamatkan menormalisasikan gangguan seksual.

“Rang Undang-undang ini adalah langkah pertama bagi Malaysia untuk menyediakan perlindungan (kepada mangsa gangguan seksual) terhadap gangguan seksual,” katanya dalam ucapan penggulungan di Dewan Rakyat, semalam.

Pembentangan rang undang-undang gangguan seksual telah ditangguhkan beberapa kali sejak dua tahun lepas.

Pada Julai 2021, Rina berkata, RUU berkenaan akan dibentangkan tahun ini kerana berada di peringkat akhir.

Dalam perkembangan yang sama, RUU ini turut mengadakan peruntukan bagi hak tebus rugi bagi mana-mana individu yang diganggu secara seksual melalui penubuhan tribunal bagi antigangguan seksual. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya