Daniel Chuer, Aisha Retno beri bayangan kolaborasi dalam lagu

Daniel Chuer, Aisha Retno beri bayangan kolaborasi dalam lagu

Aisha retno
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Daniel Chuer memaklumkan dia akan mengusahakan kolaborasi bersama rakan artis yang juga peserta Big Stage 2022, Aisha Retno.

Kata Daniel, hasrat tersebut akan direalisasikan usai projek solo, termasuk single baharu masing-masing berjaya disempurnakan dan dipasarkan.

“Ramai yang memberi maklum balas positif terhadap gandingan kami membawakan lagu Roman Picisan dan Denting pada minggu separuh akhir Big Stage yang lalu. Mereka menanti-nantikan kolaborasi kami dan sering bertanyakan, bila kami nak keluarkan versi studio.

“Kami akan beri kejutan. Saya mahu beri laluan kepada Aisha untuk keluarkan dahulu singlenya yang akan dipasarkan tidak lama lagi. Begitu juga dengan saya yang akan keluarkan single sendiri.

“Selepas semua ini selesai, kami akan bersama semula. Kalau bukan cover lagu itu, mungkin lagu baharu,” katanya.

Big Stage 2022 yang menutup tirainya Mac lalu menyaksikan penyanyi kelahiran Sabah, Elica Paujin dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.

Daniel dan Aisha masing-masing mengunguli tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan tersebut.

Dalam pada itu, seperti mengesahkan kolaborasi dengan Daniel, Aisha Retno yang ditanya soalan sama memaklumkan semuanya masih dalam proses.

“Insya-Allah masih dalam proses.

“Selepas Daniel keluarkan semua master piecenya, kami akan cuba masuk studio dan berkarya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya