Covid-19: Selangor hampiri 2,000 kes positif

Covid-19: Selangor hampiri 2,000 kes positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 4,271 kes berbanding kelmarin, 4,860 kes sekali gus diatasi 5,553 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,972 kes diikuti Kuala Lumpur (723), Perak (280), Sabah (251), Negeri Sembilan (221), Pulau Pinang (191), Melaka (121), Kedah (97), Johor (90), Sarawak (78), Putrajaya (70), Pahang (69) dan Kelantan (57).

Ia diikuti Labuan (19), Terengganu (17) dan Perlis, 15 kes. Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 514 orang berbanding kelmarin, 600 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 62 kes berbanding jumlah semalam, 60 kes. 

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 19 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,038 kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan empat kes berbanding jumlah kelmarin, 10 kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 35,960 kes. 

Manakala, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,638 kes. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya