Covid-19: Selangor catat lebih 2,000 kes

Covid-19: Selangor catat lebih 2,000 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 4,816 kes berbanding kelmarin, 3,880 kes sekali gus mengatasi 3,928 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 2,249 kes diikuti Kuala Lumpur (1,031), Perak (324), Sabah (243), Negeri Sembilan (214), Pulau Pinang (186), Melaka (117) dan Kedah (115).

Negeri mencatatkan dua kes pula ialah Johor (85), Putrajaya (82), Pahang (65) dan Sarawak (53), Kelantan (32), Terengganu (19), Labuan (18), manakala Perlis, sembilan kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 574 orang berbanding kelmarin, 568 orang. 

Jangkitan yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 49 kes berbanding jumlah semalam, 50 kes. 

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 28 kes bersamaan jumlah kelmarin. 

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 15 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,030 kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian, Malaysia mencatatkan sembilan kematian Covid-19 berbanding kelmarin, 14 kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 35,911 kes. 

Manakala, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,623 kes. – UTUSAN

 

End

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya