Covid-19: Pesakit diwadkan kembali turun bawah 500 kes

Covid-19: Pesakit diwadkan kembali turun bawah 500 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan jangkitan positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,536 kes berbanding kelmarin, 2,527 kes sekali gus diatasi 3,123 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi jangkitan positif iaitu 1,070 kes diikuti Kuala Lumpur (538), Perak (239), Pulau Pinang (140), Sabah (139), Negeri Sembilan (103), Melaka (65), Johor (64) dan Putrajaya (59).

Ia diikuti Sarawak (30), Pahang (27), Kedah (26), Terengganu (17) dan Kelantan (8) manakala Perlis serta Labuan, masing-masing lima kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan menurun kepada 432 orang berbanding kelmarin, 527 orang.  Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 45 kes berbanding jumlah semalam, 43 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 26 kes berbanding jumlah kelmarin, 22 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 10 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,023 kluster. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya