PUTRAJAYA: Malaysia kembali merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,863 kes berbanding kelmarin, 2,605 kes sekali gus mengatasi 2,145 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Kuala Lumpur kini mengatasi Selangor apabila mencatatkan 906 kes berbanding Selangor, 881 kes diikuti Negeri Sembilan (168), Sabah (154), Perak (143), Pulau Pinang (119), Melaka (95), Johor (79), Putrajaya (72), Sarawak (68), Kedah (63) dan Pahang (50).
Diikuti Terengganu (25), Kelantan (17), Labuan (17) dan Perlis (10).
Pesakit Covid-19 yang diwadkan meningkat kepada 551 orang berbanding kelmarin, 522 orang.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 43 kes berbanding jumlah semalam, 40 kes.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 25 kes berbanding jumlah kelmarin, 24 kes.
Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak tujuh kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,020 kluster.
Dalam perkembangan melibatkan kematian, Malaysia mencatatkan dua kematian Covid-19 berbanding kelmarin, lima kes sekali gus menjadikan jumlah terkini kekal sebanyak 35,765 kes.
Manakala, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,586 kes. – UTUSAN