PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 3,926 kes berbanding kelmarin, 4,503 kes sekali gus diatasi 3,542 kes sembuh.
Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,167 kes diikuti Kuala Lumpur (939), Perak (331), Sabah (249), Negeri Sembilan (244), Pulau Pinang (223), Melaka (151), Kedah (142)dan Johor (108).
Ini diikuti Putrajaya (92), Sarawak (80), Pahang (71), Kelantan (61), Terengganu (32), Labuan (24) dan Perlis, 12 kes.
Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 548 orang berbanding kelmarin, 564 orang.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 60 kes berbanding jumlah semalam, 59 kes.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 35 kes berbanding jumlah kelmarin, 30 kes.
Bagi kluster Covid-19 pula, dua kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 20 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,038 kluster.
Dua kluster iaitu kluster kumpulan berisiko tinggi, Kluster Jalan Padang Golf 4 di Hulu Selangor, Selangor dengan 11 kes manakala kluster pendidikan, Kluster Jalan Raja Musa Mahadi di Kinta Perak Tengah di Perak melibatkan 11 kes.
Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan empat kes bersamaan jumlah kelmarin, 10 kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 35,946 kes.
Manakala, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,636 kes. – UTUSAN