Covid-19: Kes positif lebih 3,000; Kuala Lumpur paling tinggi

Covid-19: Kes positif lebih 3,000; Kuala Lumpur paling tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 3,300 kes berbanding kelmarin, 2,720 kes sekali gus diatasi 5,227 kes sembuh.

Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Kuala Lumpur kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,060 kes diikuti Selangor (943), Perak (210), Sabah (203), Pulau Pinang (172), Kedah (145), Johor (109), Negeri Sembilan (105), Melaka (102) dan Putrajaya (77) dan Kelantan (55). 

Diikuti Sarawak (36), Terengganu (35), Pahang (35), Labuan (7) dan Perlis, enam kes. Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 486 orang berbanding kelmarin, 557 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 51 kes berbanding jumlah semalam, 54 kes. 

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 28 kes berbanding jumlah kelmarin, 32 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 16 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,031 kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian, Malaysia mencatatkan sembilan kematian Covid-19 berbanding kelmarin, tiga kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 35,923 kes. 

Manakala, tiga kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,628 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya