Covid-19: 4,020 kes positif; Lembah Klang catat 2,769 kes 

Covid-19: 4,020 kes positif; Lembah Klang catat 2,769 kes 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 4,020 kes berbanding kelmarin, 3,561 kes sekali gus mengatasi 1,718 kes sembuh.

Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,630 kes diikuti Kuala Lumpur (1,049) Selangor (959), Perak (295), Sabah (205), Negeri Sembilan (197), Pulau Pinang (128), Melaka (107), Putrajaya (90), Johor (80), Pahang (62), Kedah (60) dan Sarawak (57).

Diikuti Kelantan (21), Terengganu (20), Labuan (12) dan Perlis, tujuh kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan menurun kepada 480 orang berbanding kelmarin, 506 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 45 kes berbanding jumlah semalam, 40 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan kekal merekodkan 23 kes bersamaan jumlah kelmarin.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus kekal sebanyak 11 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,024 kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian, Malaysia mencatatkan tiga kematian Covid-19 berbanding kelmarin, lima kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 35,795 kes. 

Manakala, dua kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,591 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya