Ceramah agama di Kelantan perlu ada permit, tauliah

Ceramah agama di Kelantan perlu ada permit, tauliah

MOHD. Nassuruddin (dua kiri) ketika merasmikan Pelancaran Life Saving Appliances (LiSA) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan di Tapak Pameran pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan semalam. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ceramah agama yang mahu dilangsungkan di negeri ini perlu mendapat permit daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) bagi mengelakkan timbulnya sebarang pertikaian pada masa depan..

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, selain itu penceramah yang ingin menyampaikan kuliah memerlukan tauliah yang disahkan pihak berkuasa agama negeri.

Katanya, peraturan itu tidak hanya tertakluk di Kelantan malah diguna pakai oleh negeri-negeri lain. 

“Hal ini penting bagi membolehkan pihak berkuasa agama membuat penilaian dan mempertimbang sama ada penceramah itu ada tauliah atau sebaliknya dan pembawaanya di pihak yang mengikut lunas ajaran Islam sebenar atau sebaliknya. 

“Seperti yang berlaku sebelum ini, ada pihak yang membawa penceramah ke Kelantan, tetapi tidak memohon kebenaran melalui Maik. Maka perkara itu menjadi pertikaian,” katanya selepas melancarkanLife Saving Appliances (LiSA) dan menyaksikan pameran Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Kelantan di Tapak Pameran di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini semalam. 

KERATAN laporan Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia 8 Jun lalu melaporkan, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin kesal dengan tindakan sekumpulan anak muda didakwa didalangi pihak tertentu yang membuat provokasi dalam sebuah majlis ramah mesra dan jamuan yang dihadiri di Taman Aulia, Kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa, di sini.

Bagaimanapun,  Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik), Datuk Che Rahim Jusoh mengesahkan tiada sekatan terhadap Asri yang berceramah di Kelantan, namun perlu memohon kebenaran berceramah daripada pihak berkuasa agama negeri terlebih dahulu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya