Bina tali air tanpa pengetahuan pemilik tanah - Utusan Malaysia

Bina tali air tanpa pengetahuan pemilik tanah

MOHD. Rasli Mat Yusof menunjukkan pembinaan tali air dan jalan di atas tanah milik penduduk di Kampung Padang Beliong, Pasir Mas, Kelantan, semalam. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Beberapa penduduk di Kampung Padang Belidong di sini mendakwa tanah milik mereka diceroboh sebuah agensi pertanian bagi tujuan pembinaan tali air baharu dan jalan sejak tahun lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang wakil penduduk kampung, Mohd. Rasli Mat Yusof, 52, mendakwa, kejadian itu disedari pada September tahun lalu selepas kerap ke kawasan tersebut melihat tanah sawah miliknya.

Menurutnya, berikutan itu dia dan beberapa penduduk kampung yang juga pemilik tanah di situ meminta pihak berkenaan mengukur semula kawasan tersebut bagi membuat pengesahan.

“Sepatutnya, agensi itu memaklumkan kepada pemilik tanah yang juga penduduk kampung terlebih dahulu dengan merujuk kepada pihak berkaitan untuk memastikan sama ada tanah individu atau sebaliknya sebelum membina tali air.

“Pembinaan tali air baharu yang diceroboh itu adalah melibatkan sebahagiannya tanah saya dan tiga lagi milik penduduk kampung. Ia melibatkan keluasan lebih kurang 6 x 12 meter sepanjang kira-kira 400 meter,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mohd. Rasli memberitahu, sebelum itu kawasan tersebut mempunyai tali air yang sudah berusia 30 tahun.

Katanya, dia dan penduduk kampung juga tidak mengetahui apa masalah yang dihadapi agensi tersebut.

“Saya juga sudah menghantar surat itu kepada agensi tersebut pada Oktober tahun lalu, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil. Susulan itu saya membuat keputusan membuat laporan polis.

“Oleh itu saya berharap sangat pihak berkenaan supaya berbuat sesuatu kerana ia melibatkan tanah milik penduduk kampung,” jelasnya.

Sementara itu, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sudah menjalankan siasatan ke atas dakwaan tersebut dan tindakan susulan akan diambil sebaik sahaja semuanya selesai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya