Berani buat pelaburan besar sebab nak tahu sendiri proses filem - Rosmarayu - Utusan Malaysia

Berani buat pelaburan besar sebab nak tahu sendiri proses filem – Rosmarayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penerbit syarikat produksi D’Ayu Pictures, Dato’ Rosmarayu Mokhtar berani membuat pelaburan besar untuk memasarkan filem Perjalanan Pertama di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Menurut Rosmarayu, filem pertama yang menelan kos sebanyak RM1.75 juta itu merupakan usahasama bersama syarikat produksi Indonesia, Mahakarya Pictures.

“Orang tanya kenapa saya berani buat pelaburan yang besar untuk menerbitkan filem ini.

“Tujuan utama saya adalah untuk mengetahui sendiri tentang proses pembikinan serta pasaran filem di Indonesia,” ujarnya.

Tambah penerbit itu lagi, secara keseluruhannya Rosmarayu berpuas hati dengan pembikinan filem tersebut.

“Malah sebagai pelabur kami memang terbabit sejak daripada pra produksi, skrip, penggambaran sehinggalah filem ini siap sepenuhnya,” katanya lagi.

Untuk rekod, penggambaran Perjalanan Pertama yang dijalankan di Bukit Tinggi, Indonesia, akan ditayangkan di 400 pawagam di seluruh Indonesia bermula pada 14 Julai ini dan di Malaysia pada 18 Ogos 2022.

Diarahkan pengarah Arief Malinmudo, filem kolaborasi Malaysia dan Indonesia ini menampilkan dua pelakon utama kedua-dua negara berkenaan iaitu Datuk Ahmad Tamimi Siregar dan pelakon kanak-kanak popular Indonesia, Muzakki Ramdhan.

Selain itu, ia turut dibintangi beberapa pelakon popular lain seperti Randy Pangalila, Adinda Thomas, Gilang Dirga, Komo Ricky dan Angelica Petra.

Dalam pada itu, Rosmarayu memberitahu syarikat D’Ayu Pictures dan Mahakarya Pictures bakal menerbitkan filem kedua iaitu sebuah filem thriller yang menjalani penggambaran di Jakarta, Indonesia pada tahun hadapan.

Selain itu, dia menyatakan syarikatnya itu juga sudah pun siap menghasilkan sebuah filem tempatan berjudul Daddyku Gangster.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya