Bekas YDP, kenalan salah guna kuasa direman

Bekas YDP, kenalan salah guna kuasa direman

DUA individu yang disyaki melakukan kesalahan melakukan salah guna kuasa dibawa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/ PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang bekas Yang Dipertua (YDP) sebuah pertubuhan kebajikan di negeri ini dan kenalannya direman lima hari bermula hari ini selepas disyaki melakukan kesalahan salah guna kuasa.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood selepas mendapat permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini, hari ini.

Bekas YDP yang berusia 81 tahun itu disyaki menggunakan jawatannya untuk melantik seorang kenalan berusia 50 tahun sebagai pengarah urusan di sebuah syarikat berkepentingannya pada 2018.

Kedua-dua individu tersebut tidak diwakili peguam.

Mereka terdahulu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu di sini semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

DUA individu yang disyaki melakukan kesalahan melakukan salah guna kuasa dibawa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Terengganu, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya