Banjir kilat landa dua kampung di Kupang

Banjir kilat landa dua kampung di Kupang

KEADAAN banjir yang melanda salah sebuah kampung akibat hujan lebat di Kupang, Baling, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Sekurang-kurangnya 20 rumah penduduk di Kupang, di sini terjejas akibat banjir kilat setelah hujan lebat berterusan lebih tiga jam, petang ini.

Antara kawasan terlibat ialah Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas yang menerima limpahan air dari sebatang sungai berhampiran.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim berkata, hujan dilaporkan bermula kira-kira pukul 2 petang sebelum air sungai melimpah ke rumah penduduk yang berada berdekatan tebing.

“APM Baling mula menerima laporan berkaitan kejadian itu kira-kira pukul 6 petang, sebelum anggota digerakkan ke lokasi bagi melakukan pemantauan dan mendapati beberapa rumah penduduk sudah dinaiki air.

“Sehingga kini, pemantauan masih dilakukan dan tindakan memindahkan penduduk dilakukan sekiranya keadaan didapati berbahaya kepada mereka,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Rasidah, setakat ini jumlah sebenar mangsa belum diketahui dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat pukul 7 petang ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya