Bangkai lembu: Tiada petunjuk baharu 

Bangkai lembu: Tiada petunjuk baharu 

JPV Terengganu melakukan kerja-kerja melupuskan bangkai 11 ekor lembu di Kampung Sungai Lekar, Kuala Nerus, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu masih tidak mempunyai bukti dan petunjuk baharu bagi mengesan individu bertanggungjawab membuang bangkai 11 ekor lembu di Kampung Sungai Lekar, Kuala Nerus, dekat sini, baru-baru ini.

Pengarah JPV negeri, Dr. Anun Man, berkata, setakat ini,  pihaknya berdepan kesukaran dalam melakukan siasatan tersebut dan mengharapkan kerjasama daripada orang ramai untuk memberi maklumat.

Menurutnya, pihaknya mengesyaki kesemua lembu terbabit berkemungkinan besar diseludup dari negara jiran dan sedang membuat semakan sekiranya ada permit dikeluarkan oleh JPV negeri lain.

“Difahamkan orang ramai ada ternampak lori dengan muatan lembu dalam keadaan mencurigakan sebelum ini, namun mereka tidak mengambil gambar dan mencatat nombor pendaftaran lori berkenaan untuk tindakan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, lembu terbabit disyaki mati  berpunca daripada tindakan khianat atau penganiayaan binatang berdasarkan keadaan fizikal lembu-lembu terbabit .

“Hasil ujian sampel pula akan diketahui sekurang-kurangnya seminggu lagi,” ujarnya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan seorang pemancing terkejut apabila menemukan bangkai 11 ekor lembu di tapak pembuangan sampah haram di tepi sungai di kampung terbabit.

Lembu itu dipercayai mati di tempat lain sebelum dibuang di kawasan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya